Pages

Monday, March 1, 2010

Sekilas - Dunia

Gesaan Gaddafi ditolak

GENEVA: Penduduk Islam Switzerland menolak gesaan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, berjihad menentang pemerintah negara Alpine itu sambil menyifatkan beliau langsung tidak berkaliber dalam Dunia Muslim.

Mereka menganggap gesaan itu boleh menjejas penduduk Islam berikutan masyarakat akan memandang serong terhadap mereka.

Encik Gaddafi mencetuskan kemarahan Switzerland berikutan gesaannya itu yang dibuat berikutan larangan pembinaan menara masjid di Switzerland baru-baru ini. -- AFP.

Polis Israel serbu plaza

BAITULMAKDIS: Polis Israel menyerbu sebuah plaza berdekatan Masjid Al-Aqsa di sini selepas mereka dilempar batu oleh kira-kira 20 penunjuk perasaan rakyat Palestin.

Sejauh ini, tiada laporan mengenai sebarang kecederaan diterima. Salah seorang penunjuk perasaan telah ditangkap polis Israel. -- Reuters.

Grenad letup di luar bank Thai

BANGKOK: Sebuah grenad diletupkan di Bangkok di luar sebuah cawangan bank terbesar di Thailand kelmarin.

Letupan itu memecahkan tingkap dan pintu cawangan Bank Bangkok di daerah Silom tetapi tiada sebarang kematian dilaporkan.

Grenad kedua yang masih belum meletup ditemui di sebuah lagi cawangan Bank Bangkok.

Pihak berkuasa Thailand berkata, mereka memperketatkan langkah berjaga-jaga selepas Mahkamah Agung merampas harta Thaksin berjumlah AS$1.4 bilion ($1.9 bilion) atas tuduhan penyalahgunaan kuasa. -- AFP.

Ketua Toyota ucap di China

TOKYO: Presiden Toyota, Encik Akio Toyoda akan berucap di China hari ini mengenai masalah mutu yang membelenggu syarikatnya.

Langkah itu bertujuan meningkatkan keyakinaan pengguna di samping meredakan kebimbangan mereka.

Bilangan kereta Toyota yang ditarik balik di China hanya 75,552 kereta ekoran masalah pedal minyak. -- AP.

No comments:

Posting Terkini