Pages

Monday, January 25, 2010

Zaid: Zulkipli Harus Dipecat

Penyelaras PKR, Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan supaya pemimpin yang tidak mengikut dasar dan perjuangan parti Pakatan Rakyat, dipecat.

Kenyataan beliau dikeluarkan berhubung tindakan Ahli Parlimen Kulim, Zulkipli Nordin yang mencetuskan kontroversi membuat laporan polis terhadap pemimpin PAS, Khalid Samad.

Zaid tegas dengan pendirian, tindakan Zulkipli hanya memburukkan imej parti Pakatan Rakyat.

“Laporan polis ini menggambarkan sesuatu kesalahan jenayah. Kalau tidak apa guna buat laporan polis. Jadi dia seolah-olah menuduh Khalid ini menghasut ke, tidak menghormati ke, macam-macam lah. Jadi pada saya ini bukanlah tindakan seorang ahli parlimen yang bertanggungjawab”, kata beliau.

Dalam kejadian lalu, Khalid Samad mencadangkan supaya enakmen agama Selangor dipinda selaras dengan perkembangan Islam masa kini.

Menurut Zaid, sudah tiba masanya PKR mengambil serius mengenalpasti pemimpin yang boleh memberi komitmen sepenuhnya kepada parti.

Ini bagi mengelakkan tercetusnya isu percanggahan pendapat antara pemimpin dalam parti sekaligus memperlekeh kepimpinan Pakatan Rakyat.

Zaid menambah, Zulkipli sering menimbulkan masalah kepada Pakatan menentang prinsip utama gerakan.

“Kalau saya pecatlah nak gantung buat apa. Tapi saya bukan ketua, kalau ketua saya pecat dia. Kita tak nak orang macam tu. Serius itu ertinya dulu kita dah ambil tindakan disiplin tapi tiada apa-apa pun, siasat sahaja", tegasnya.

Zaid berkata, walaupun ada halangan kecil seumpama ini, namun beliau tetap yakin perjuangan Pakatan Rakyat lebih kukuh pada masa kini dan terus bergerak kehadapan memperjuangkan kebebasan rakyat dari cengkaman UMNO-Barisan Nasional.

No comments:

Posting Terkini