KUALA LUMPUR : Juara Penipu Rakyat! Ungkapan itu mungkin sesuai ditujukan kepada pemimpin Barisan Nasional khususnya dari Umno apabila budaya menipu semacam rutin bagi pemimpin mereka.
Ingat lagi kenyataan mantan Presiden Umno, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12?
Pada masa itu beliau berjanji bahawa parlimen tidak akan dibubarkan dalam masa terdekat, sebelum membubarkannya esok hari iaitu tarikh ngeri pilihannya sendiri pada 14 Februari 2008 sekaligus menipu seluruh rakyat Malaysia.
Ibarat Kepimpinan Melalui Teladan, penggantinya kini, Najib Razak mengikut jejak langkah beliau bersama Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin apabila turut sama menipu rakyat 1Malaysia.
Najib misalnya, semasa berada di India memberi jaminan kononnya pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) tidak akan menjejaskan bumiputera kerana agensi yang bernaung di bawah kementerian itu sebelum ini seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) masih lagi berada di bawah kendalian menteri Umno, Shafie Apdal iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KPLBW) untuk membantu bumiputera.
Anehnya, nasib yang dihadapi oleh bakal juruterbang negara di Kolej Akademi Penerbangan Antarabangsa Gulf Golden (GGIFA) di Bintulu, Sarawak baru-baru ini jelas bercanggah dengan kenyataan presiden Umno itu.
Sejumlah 16 penuntut di kolej penerbangan itu tertekan apabila pinjaman biasiswa mereka yang telah pun diluluskan oleh MARA melalui surat bertarikh 21 Februari 2008, tiba-tiba dibekukan oleh agensi itu pada 4 November lalu.
“Penolakan secara tiba-tiba ini tidak boleh diterima dan tidak wajar kerana menghalang pelajar-pelajar terbabit daripada meneruskan cita-cita mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GGIFA Sairi Naim semasa sidang akhbar pada 17 Januari lalu.
Malah usaha pihak kolej itu bersama pelajar terlibat menghantar surat rayuan kepada pihak MARA turut gagal walaupun disertakan bersama surat sokongan dari pejabat Perdana Menteri (PM) dan KPLBW yang dihantar kepada MARA pada 9 September lalu.
Selain 16 bakal juruterbang negara yang telah memulakan pengajian selama 18 bulan ketika ini, sejumlah lapan lagi rakan mereka gagal memulakan kursus di kolej penerbangan itu akibat masalah yang sama, walapun MARA merupakan agensi tunggal yang menyediakan pinjaman pengajian kepada golongan Bumiputera dalam bidang penerbangan.
“Kami ingin tahu apa alasan MARA, kerana kami memenuhi kesemua syarat dan kelayakan yang diluluskan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA),” kata Muhd Izam Naroodin, yang bercakap bagi pihak rakan-rakannya.
Jika Najib menipu golongan Mahasiswa di Bintulu semasa berada di India, timbalannya pula menipu penduduk Sarawak semasa berucap di Bintulu.
Muhyiddin semasa berucap dihadapan kira-kira 2,000 penghuni Rumah Panjang di Bintulu, Sarawak dengan angkuhnya berkata, kerajaan Barisan Nasional amat komited dan bertanggungjawab, serta tidak mengamalkan pendekatan tunjuk muka hanya ketika pilihan raya seperti dilakukan pembangkang,
"Ini berbeza dengan pembangkang, yang tidak tahu mentadbir negeri, tidak tahu masalah sebenar rakyat, tidak pernah turun ke bawah, mungkin nak pilihan raya baru nak tunjuk muka.
"Kita (BN) tidak tunggu pilihan raya kerana ini adalah amanah dan tanggungjawab yang mesti kita tunaikan sepanjang masa," katanya di Dewan Masyarakat Sebauh yang turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud dan Timbalannya, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.
Walhal, beberapa hari sebelum kenyataan Timbalan Presiden Umno itu dikeluarkan, penduduk di Kampung Tengah Sungai, di negeri itu melahirkan rasa kesal berhubung perkhidmatan dua wakil rakyat dari BN di kawasan mereka.
Dua wakil rakyat BN itu ialah masing-masing Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Kawah, Tan Joo Phoi dan Ahli Parlimen Stampin, (MP) Yong Khoon Seng.
Seorang penduduk kampung itu, Muhammad Juki mendakwa, Tan Joo Phoi hanya sekali melawat mereka, itu pun atas jemputan penduduk terbabit selain Yong Khoon Seng yang ponteng seratus peratus sejak 8 Mac 2008.
“Setakat yang saya tahu Ahli Parlimen Stampin Datuk Yong Khoon Seng tidak pernah ke sini. Mungkin disebabkan tidak mengetahui kewujudan kampung ini,” kata Muhammad Juki yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung itu.
Walaupun tempoh Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak akan berakhir Mei 2011, namun, pilihanraya di negeri itu dijangka diadakan dalam masa terdekat antara Februari hingga Jun tahun ini. - Era Pakatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment