Pages

Tuesday, January 12, 2010

Sekilas - Dunia

Lahirkan kembar enam

ROME: Seorang wanita Italy, 32 tahun, selamat melahirkan kembar enam kelmarin - kelahiran berganda paling ramai di negara itu sejak 2003.

Semua bayi itu sihat. Mereka dilahirkan Cik Carmela Olivia semasa kandungannya berusia 27 minggu. -- AP.

Masih hidup dalam keranda

BEIJING: Sebuah hospital China tidak menjangka seorang lelaki yang cedera akibat nahas motosikal masih hidup di dalam keranda.

Encik Zhang Houming, 46 tahun, bernafas dalam keadaan degupan jantung lemah dalam keranda ais di rumah mayat di bandar Neijiang, wilayah Sichuan, Jumaat lalu.

Keluarganya yang terkejut memanggil doktor tetapi beliau mati sejam kemudian.

Keluarganya menuntut pampasan AS$220,000 ($305,514) di atas kesilapan itu. -- AFP.

Dipaksa kahwini bapa teman

WELLINGTON: Seorang remaja New Zealand keturunan Tonga dipaksa berkahwin dengan bapa teman lelakinya selepas keluarganya bersetuju menerima babi dan tikar tradisional mahal sebagai hantaran.

Ibu dan bapa tiri remaja 17 tahun itu ditahan kerana memaksanya berkahwin dan melakukan seks. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini