Pages

Tuesday, January 5, 2010

Pemilihan MCA mungkin Februari atau Mac

KUALA LUMPUR: Pemilihan baru MCA yang heboh diperkatakan selama ini, tidak akan diadakan bulan ini kerana usaha naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk memastikan sekurang-kurangnya 21 anggota jawatankuasa pusat (CC) yang dilantik melepaskan jawatan mereka, belum berhasil.

Setakat ini, hanya 13 orang, termasuk Liow, mengemukakan surat peletakan jawatan.

Bagaimanapun, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, pengerusi jawatankuasa khas bagi pemilihan baru parti itu, berkata beliau tidak menolak kemungkinan pemilihan berkenaan diadakan pada Februari atau Mac.

Dr Chua berkata, beliau yakin lebih banyak anggota CC akan melepaskan jawatan masing-masing, terutama selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Timbalan Presiden MCA itu juga berkata, pemimpin parti berkenaan amat berharap pemilihan baru dapat diadakan bagi menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda MCA sejak sekian lama.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat ketiga jawatankuasa itu di Wisma MCA di sini, Dr Chua berkata beberapa anggota CC telah memaklumkan kepadanya kesediaan mereka melepaskan jawatan pada tarikh yang sesuai. - Bernama

No comments:

Posting Terkini