Pages

Monday, January 4, 2010

Kerajaan rancang bina 1,000 menara pemancar pada 2010

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membina lebih daripada 1,000 menara pemancar dalam pelbagai saiz di seluruh negara tahun ini bagi meningkatkan penembusan jalur lebar di Malaysia.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata pembinaan menara di bawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu diyakini akan membantu meningkatkan kadar penembusan jalur lebar di beberapa kawasan di Sabah, Sarawak, Pahang, Kelantan dan Terengganu yang masih berada di bawah tahap 15 peratus ketika ini.

"Kementerian belum berpuas hati dengan kadar penembusan jalur lebar di beberapa negeri. Untuk itu SKMM sebagai penyelia pembinaan menara-menara tersebut dikehendaki menghantar data perkembangan kepada kementerian setiap dua minggu bagi mengetahui kenaikan kadar penembusan perkhidmatannya," katanya pada sidang media selepas menjadi tetamu dalam wacana eksklusif bersama Radio Klasik Nasional di Wisma Radio, Angkasapuri di sini, hari ini. - Bernama

No comments:

Posting Terkini