Pages

Wednesday, January 6, 2010

F-5E: Dua yang akan didakwa tiba di mahkamah

PETALING JAYA: Dua individu yang akan didakwa berhubung kehilangan dua enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bernilai hampir RM50 juta, tiba di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya jam 8.45 pagi tadi menaiki Proton Wira dengan diringi anggota polis.

Mereka adalah seorang anggota tentera udara berpangkat Sarjan dan seorang pengarah syarikat.

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata atas anggota TUDM itu akan didakwa bersubahat melakukan kesalahan curi dalam bangunan manakala pengarah syarikat itu akan didakwa atas kesalahan menolong menghapuskan harta curi.

"Hasil siasatan menunjukkan bahawa kedua-dua enjin F5 itu dibawa keluar dari Gudang Material Udara 1 (Matra 1) Kuala Lumpur hasil persubahatan anggota tentera berpangkat Sarjan, dan keterangan juga menunjukkan seorang pengarah syarikat menolong melupuskan kedua-dua enjin pesawat itu yang diketahuinya merupakan harta curi," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

No comments:

Posting Terkini