Pages

Tuesday, November 3, 2009

Sekilas - Malaysia

Kes saman Teresa didengar 4 Feb

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan 4 Februari tahun depan untuk mendengar kes berhubung saman anggota Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP) kawasan Seputeh, Cik Teresa Kok, terhadap mantan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar, dan tiga yang lain kerana membuat kesilapan menangkap dan menahan beliau mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pada 13 Mac lalu, Cik Kok mengemukakan saman itu terhadap Tan Sri Syed Hamid; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Timbalan Superintenden Polis, E Kim Tien; dan kerajaan Malaysia dengan mendakwa bahawa penangkapan dan penahanan beliau di depan rumahnya pada 12 September tahun lalu dilakukan tanpa asas. -- Bernama.

Kecam tindakan zalim atas amah

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyelar tindakan kejam dan zalim segelintir majikan terhadap pembantu rumah mereka kerana ia telah 'membusukkan' nama baik negara.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata sebenarnya 99.9 peratus daripada jumlah majikan pembantu rumah di negara ini adalah bertanggungjawab.

Menurutnya, akibat tindakan segelintir majikan yang melakukan perbuatan terkutuk itu, nama baik majikan lain turut terjejas. -- Utusan Malaysia.

Kemajuan kaum India diyakini

KUALA KANGSAR: Pilihan raya baru tidak mungkin diadakan di Perak kerana kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) sekarang sudah disahkan mahkamah dan mendapat mandat rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), beliau dan SPR tidak pernah berbincang mengenai kemungkinan akan mengadakan semula pilihan raya di negeri ini. -- BHM.

Taraf hidup India tambah baik

PORT DICKSON: Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yakin kedudukan masyarakat India di negara itu akan bertambah baik hasil pelbagai transformasi yang sedang dan akan dilakukan kerajaan untuk memperbaiki taraf sosio-ekonomi mereka.

Beliau berkata antara usaha yang dilakukan ialah melalui pelajaran dengan meningkatkan bilangan golongan terpelajar kaum India manakala peratusan kaum India dalam perkhidmatan awam juga ditambah hingga 15 peratus. -- BHM.

No comments:

Posting Terkini