Pages

Wednesday, November 11, 2009

RM64.5 Juta Berjaya Dikutip

SHAH ALAM 11 NOV -
Sehingga 30 September 2009 sebanyak RM 64.5 juta berjaya dikutip melalui bayaran premium dan permit sementara tanah di sembilan daerah dalam negeri Selangor.

Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata,jumlah tersebut diperolehi melalui Program Pemutihan Kilang Haram.

“Pencapaian program pemutihan kilang tanpa kebenaran , sehinggan 30 September 2009 sejumlah 843 atau 35.6 peratus daripada 2,370 kilang tanpa kebenaran yang disenaraikan telah memohon untuk tukar syarat tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan Sidang Dewan Negeri Selagor.

Menurutnya perlaksanaan tindakan penguatkuasaan yang bersesuaian mengikut Kanun Tanah Negara 1965 boleh di kenakan kepada pemilik tanah atau pengusaha kilang yang tidak mengendahkan program pemutihan ini.

Katanya kebanyakan kilang-kilang haram di Selangor dibina di atas tanah persendirian dan pemilik kilang telah menyalahguna tanah berkenaan.

Selain itu, kilang-kilang haran juga wujud di kawasan secara berkelompok.

Menurut Ean, tindakan yang sama akan dikenakan kepada pelabur-pelabur asing yang membina kilang haram di negeri Selangor kerana kerajaan negeri tidak mengamalkan dasar pilih bulu.

“Tidak kira pelabur luar atau dalam negeri tetap tidak dibenarkan membina kilang-kilang yang terletak di tanah rezab sungai,TNB dan sebagainya,tindakan akan dikenakan kepada mereka,” katanya.

No comments:

Posting Terkini