BEIJING: Bukan satu kebiasaan apabila ribut salji yang melanda utara China mengorbankan 38 nyawa, membabitkan insiden yang berpunca daripada keadaan cuaca, di samping menyebabkan kerugian mencecah lebih separuh bilion, kata Kementerian Perhubungan Sivil, hari ini.
Kementerian itu berkata, 19 kematian yang dicatatkan berpunca daripada kemalangan trafik, susulan bencana ribut yang melanda kawasan itu sejak 9 November lalu.
Kadar salji yang turun adalah terbanyak di kawasan itu sejak maklumat mula diambil selepas penubuhan negara komunis terbabit pada 1949, kata kementerian itu.
Dianggarkan jumlah kerugian yang dicatatkan berpunca daripada ribut terbabit mencecah 3.5 bilion yuan (AS$513 juta).
Lebih daripada 4.7 juta penduduk terjejas akibat ribut berkenaan, di mana lebih 7,000 bangunan runtuh, memusnahkan 120,000 hektar hasil tanaman dan memaksa 158,000 untuk menyelamatkan diri, tambahnya lagi.
Media China turut melaporkan sekurang-kurangnya dua kematian berpunca daripada bangunan yang runtuh termasuk kantin sekolah. - AP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment