Pages

Thursday, November 12, 2009

Polis tahan bekas presiden Real Madrid

MADRID: Polis Sepanyol semalam menahan bekas presiden kelab Rela Madrid, Lorenzo Sanz untuk diambil keterangannya berhubung penyeludupan keluar lukisan ke Itali.

Polis menahan pengurus hartanah berusia 66 tahun itu pada tengah hari di Madrid sebelum membawanya ke balai polis untuk disoal siasat beberapa jam, lapor stesen radio Cadena Ser.

Bagaimanapun, Lorenzo dibebaskan tanpa diikat jamin.

Lorenzo kemudian memberitahu agensi berita Europa Press bahawa pihak ketiga yang tidak dinamakannya mahu melelong lukisan berkenaan di Venice dan dia disoal siasat polis kerana dituduh membawa keluar lukisan berkenaan tanpa kebenaran.

"Saya tidak terbabit langsung dalam soal ini. Mereka (pihak ketiga) inilah yang sepatutnya melalui semua prosedur untuk melelongnya," katanya.

Lorenzo menjadi presiden Real Madrid antara 1995 dan 2000.

Ketika berkidmat, dia menggunakan wang sendiri untuk membawa pemain ternama ketika itu menganggotai Real seperti penyerang Croatia, Davor Suker dan pemain tengah Montenegro, Predrag Mijatovic.

Semasa bimbingannya, Real menggondol trofi Juara-Juara Eropah dua kali, ioaitu 1998 dan 2000. - AFP

No comments:

Posting Terkini