Pages

Monday, November 2, 2009

Kastam tahan wanita Jepun, rampas 4,7 kg Syabu

NILAI - Seorang wanita Jepun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Jumaat lepas setelah pihak berkuasa menemui kira-kira 4.7 kilogram dadah jenis syabu dalam beg pakaian wanita itu.
Pengarah Kastam KLIA Azizah Ibrahim berkata wanita berusia dalam lingkungan 30-an yang menaiki penerbangan Emirate dari Dubai ke KLIA itu ditahan pada pukul 9.55 malam.

Beliau berkata dadah itu dikesan selepas pegawai Katam melakukan imbasan terhadap tiga beg pakaian yang dibawa wanita terbabit.

"Hasil pemeriksaan, kami menemui dua bungkusan plastik cerah di dalam satu daripada tiga beg yang dibawa itu.

"Bungkusan yang tersorok di ruang khas di bahagian bawah beg itu mengandungi bahan kristal jernih disyaki dadah jenis syabu," katanya pada sidang akhbar di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Kastam di Kampung Jijan dekat sini hari ini. - Bernama

No comments:

Posting Terkini