Pages

Monday, November 2, 2009

SPRM dakwa 5 orang, termasuk Ahli Parlimen esok

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor akan dakwa lima orang, termasuk seorang Ahli Parlimen dari Selangor atas tujuh tuduhan rasuah, esok.
SPRM dalam kenyataannya petang ini berkata, mereka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam, esok.

Ahli Parlimen yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan pembantunya ditangkap atas kesalahan mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

"Bekas Adun yang kini Ahli Parlimen itu ditahan kerana kesalahan mengemukakan invois palsu ketika menjadi Adun Selangor bagi melaksanakan satu program yang tidak dijalankan.

"Pembantunya pula ditahan atas kesalahan bersubahat dengannya," kata kenyataan itu.

Tangkapan ketiga membabitkan seorang bekas pembantu kepada Menteri Besar Selangor kerana menipu seorang presiden syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Selangor bagi menganjurkan satu program kerajaan negeri bernilai RM50,000.
"SPRM juga akan menuduh seorang pembantu Exco Selangor kerana mengemukakan invios palsu kepada Pejabat Daerah Sepang bagi membekalkan barangan menganjurkan Hari Kemerdekaan 2008 yang mana tidak dibekalkan.

"Seorang pengarah syarikat juga akan didakwa kerana kemuka invois mengandungi butiran palsu kepada Pejabat Daerah Hulu Langat bagi bekalkan barangan untuk program DUN Teratai tahun lalu sedangkan perbekalan itu tidak dilakukan," kata kenyataan itu.

No comments:

Posting Terkini