KUALA LUMPUR: Kemelut antara Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hanya akan selesai dengan campur tangan pihak yang lebih berpengaruh atau berkuasa.
Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, berkata ini kerana peluang dialog antara kedua-dua pihak itu dilihat sudah semakin tipis.
'Saya rasa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, kena bertitah untuk menyelesaikan hal ini.
'Ia bertujuan supaya masyarakat boleh mendengar dan akan menghormati Tuanku, juga tidak merendah-rendahkan institusi agama,' katanya di sini kelmarin.
Beliau yang juga Timbalan Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) diminta mengulas 'krisis' yang berlaku ekoran penangkapan mantan Mufti Negeri Perlis tersebut oleh Jais kerana kesalahan mengajar tanpa tauliah.
Saturday, November 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment