Pages

Sunday, October 25, 2009

Wartawan wanita dihukum sebat kerana rancangan TV

RIYADH: Mahkamah Arab Saudi semalam menjatuhkan hukuman 60 sebatan ke atas wartawan wanita selepas beliau dituduh terbabit dalam rancangan televisyen yang mana seorang lelaki Arab Saudi membincang seks secara terbuka.

Rozanna al-Yami, 22, dipercayai menjadi wartawan wanita pertama Arab Saudi yang dijatuhi hukuman sedemikian tetapi terdapat percanggahan mengenai bagaimana mahkamah mencapai keputusan itu.

Al-Yami yang bekerja sebagai penyelaras untuk program berkenaan tetapi menafikan bertugas untuk episod rancangan seks itu berkata beliau difahamkan hakim di mahkamah Jeddah sudah menggugurkan dakwaan terhadap beliau.

Ia termasuk pembabitan dalam penyediaan rancangan itu dan segmen iklan dalam internet.

Namun beliau masih dijatuhi hukuman itu sebagai “pengajaran".

"Saya terlalu hampa dan kecewa untuk merayu hukuman itu," kata al-Yami.

Abdul-Rahman al-Hazza, jurucakap Kementerian Kebudayaan dan Maklumat, memberitahu AP beliau tidak mempunyai butiran hukuman itu dan tidak dapat mengulas.

Dalam program yang disiarkan pada Julai lalu menerusi saluran satelit LBC Lubnan, lelaki berkenaan, Mazen Abdul-Jawad, menceritakan aktiviti seks beliau dan menunjukkan peralatan seks yang digelapkan rangkaian itu.

Mahkamah sama menjatuhkan hukuman lima tahun penjara dan 1,000 sebatan ke atas Abdul-Jawad awal bulan ini. - AP

No comments:

Posting Terkini