Pages

Sunday, November 1, 2009

Pesawat Rusia terhempas, enam terbunuh

MOSCOW: Sekurang-kurangnya enam terbunuh apabila pesawat penumpang kementerian dalam negeri Rusia terhempas di timur wilayah Yakutia.
Pesawat itu membawa 11 penumpang sebelum terhempas jam 8.40 pagi waktu Rusia, sejurus selepas berlepas daripada Mirny, kata pegawai situasi kecemasan kementerian itu.

"Enam mayat sudah ditemui di tempat kemalangan dan usaha mencari diteruskan untuk mangsa lain," katanya sambil menambah, pesawat itu tidak membawa kargo.

Punca kemalangan masih belum dapat dikenal pasti. - AFP

No comments:

Posting Terkini