Tiger Airways kurang diminati
MELBOURNE: Tiger Airways diundi sebagai syarikat penerbangan paling kurang diminati rakyat Australia, menurut satu Kajian Kepuasan Syarikat Penerbangan Domestik oleh majalah Choice.
Ia meletakkan Tiger Airways pada ranking paling bawah; Jetstar nombor dua dari bawah sementara Virgin Blue pula paling memuaskan. -- Bernama.
Gerila Abu Sayyaf ditangkap
MANILA: Polis Filipina dilaporkan menangkap seorang gerila Abu Sayyaf yang dituduh menculik empat rakyat Amerika dan 17 rakyat Filipina.
Hajer Sailani ditahan di bandar Cotabato minggu lepas. Dia dikatakan terlibat dalam penculikan lelaki Amerika, Jeffrey Schilling, pada 2000 dan tiga lagi rakyat Amerika dan 17 rakyat Filipina pada 2001 di pusat peranginan Dos Palmas di pulau Palawan. -- AP.
Brown masih sayang Rihanna
LOS ANGELES: Penyani R & B, Chris Brown, yang baru dijatuhi hukuman lima tahun probesyen, berkata beliau tidak ingat memukul penyanyi pop Rihanna dan mendakwa masih cintakan bekas temanitanya itu.
Brown memberitahu majalah People dan CNN's Larry King perasaannya terhadap Rihanna tidak berubah sejak insiden Februari lalu. -- AP, Reuters.
No comments:
Post a Comment