ISTANBUL: Sir Alex Ferguson telah pun mimpikan satu lagi final Liga Juara-Juara Eropah menentang Barcelona sedang Manchester United bersiap menentang Besiktas hari ini.
Empat bulan sudah berlalu sejak pasukan Ferguson kehilangan trofi Eropah selepas tewas kepada Barcelona dalam final pertandingan elit kelab-kelab Eropah ini.
United, juara 2008, gagal menyaingi kegagahan kelab gergasi Sepanyol pimpinan Pep Guardiola itu, yang bermain dengan cemerlang bagi mengecap kemenangan 2-0 di Rome.
Tetapi Ferguson didorong keinginan yang tinggi mahu menyamai pencapaian pasukan-pasukan seperti Liverpool, Bayern Munich dan Ajax Amsterdam, yang telah menjuarai lebih daripada kelab Old Trafford yang menjulang Piala Eropah tiga kali.
Menjelang perlawanan di Turkey ini, Ferguson mendedahkan beliau tahu tentang kesilapan dalam pertarungan dengan Barcelona itu selepas meneliti dan mengkaji DVD perlawanan tersebut semasa cuti musim panas.
Selepas mengenal pasti bahagian yang menjadi masalah, pengurus United itu yakin pasukannya mampu menebus kekecewaan itu jika berdepan dengan kelab dari Sepanyol itu dalam final musim ini di Madrid kelak.
'Saya ingin sekali mendapat peluang membetulkan keadaan dengan Barcelona. Tentu sekali jika dapat berdepan sekali lagi dengan mereka di final,' kata Ferguson.
'Tiada siapa yang mahu kalah dalam perlawanan-perlawanan peringkat Eropah. Ia adalah yang pertama kali saya mengalami kekalahan dan ia amat mengecewakan bagi semua orang.
'Kini, kami tahu dengan jelas kesilapan-kesilapan yang membawa kekalahan itu dan ini amat membantu kami. Terdapat sebab-sebab kukuh yang membolehkan kami mahu berjuang.
'Saya tidak mahu menyatakan sebab-sebab kekalahan itu tetapi saya telah membawa DVD perlawanan tersebut semasa bercuti dan menyaksikan perlawanan itu lagi.
'Dengan kakitangan lain, kami meneliti dan mengkaji perlawanan tersebut, termasuk sebelum perlawanan. Segala-galanya, termasuk hotel penginapan dan latihan.
'Kini, kami sedar akan puncanya tetapi ia bukan masalah. Kesilapan yang dilakukan dalam perlawanan dengan Barcelona boleh diatasi.'
United yakin mara ke tahap seterusnya untuk satu lagi pertemuan dengan Barcelona selepas diundi dalam kumpulan yang agak sukar bersama dengan Besiktas, CSKA Moscow dan Wolfsburg.
Kunjungan ke Turkey kerap merupakan pengalaman sukar bagi United selepas Galatasaray menyingkirkannya dalam Piala Eropah 1994 dan tewas di Fenerbahce pada 2004.
Ferguson akui minat mendalam dan keghairahan para penyokong Turkey tetapi menjangka United dapat bangkit menangani suasana pertarungan nanti.
'Mereka ternyata begitu fanatik dan suasana dalam stadium cukup menggerunkan tetapi kami harus dapat menanganinya,' tegasnya.
Penjaga gawang Besiktas, Rustu Recber, tidak meragui para penyokongnya akan menjadikan suasana menggerunkan di Stadium Inonu.
'United pernah ke Galatasaray dan Fenerbahce, tetapi para penyokong kami boleh menimbulkan suasana yang menakutkan.
'Mereka akan bersorak sepanjuang 90 dan boleh menjadikan para pemain United seperti dalam neraka.' - AFP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment