Pages

Tuesday, September 22, 2009

Isteri Noordin dapat tuntut jenazah esok

JAKARTA: Isteri pengganas paling dikehendaki, Noordin Mohammed Top, Cik Siti Rahma, dan abangnya mungkin dapat ke Jakarta seawal esok untuk mengambil jenazahnya bagi dibawa pulang dan dikebumikan di Johor.

'Mereka tidak mempunyai pasport. Paling cepat mereka boleh mendapatkan pasport itu ialah pada Rabu kerana pejabat kerajaan hanya dibuka pada hari itu selepas cuti Aidilfitri,' kata jurucakap keluarga Noordin, Encik Badaruddin Ismail, di Kuala Lumpur.

Ketika ditanya apakah isteri Noordin yang lain akan ikut ke Johor untuk upacara pengebumian itu, Encik Badaruddin berkata, Cik Siti Rahma tidak pernah berkomunikasi dengan dua madunya.

Selain Cik Siti Rahma, Noordin, warga Malaysia, menikahi dua wanita lain, Cik Jawa Munfiatun, dan Cik Ariani Rahma sepanjang bersembunyi selama sembilan tahun di Indonesia.

Sabtu lalu, polis Indonesia berkata meraka akan terus menyiasat dokumen milik pemimpin kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI) yang dijumpai di rumah yang diserbu di Kepuhsari, Solo, itu.

Ketua Polis Indonesia, Jeneral Bambang Hendarso Danuri, bagaimanapun, enggan mendedahkan isi dokumen itu, termasuk sama ada ia mengandungi sasaran serangan bom berikutnya.

Dalam sidang akhbar itu, Jeneral Bambang berkata, beliau puas hati mayat terbabit ialah Noordin selepas proses 30 jam termasuk pengesahan cap jari dan ujian DNA. -- Agensi.

No comments:

Posting Terkini