Pages

Tuesday, September 22, 2009

Cuba rompak ATM dengan bom buatan sendiri

KUALA LUMPUR: Mungkin kerana beranggapan bunyi letupan tidak akan menarik perhatian semasa kemeriahan Aidilfitri, tiga lelaki cuba merompak wang dalam sebuah ATM menggunakan bahan letupan buatan sendiri.

Namun, percubaan mereka di sebuah bank di Putra Heights, Puchong pagi kelmarin gagal akibat ketakutan apabioa mendengar bunyi penggera keselamatan.

'Saya tergamam dan cuba mencari dan memberkas mereka namun penglihatan saya terhalang kerana asap dan debu akibat letupan itu,' kata seorang pengawal keselamatan di bank itu.

Katanya, beliau terkejut dan takut apabila terdengar bunyi letupan yang kuat itu.

Dalam kejadian sekitar 8.30 pagi itu, ketiga-tiga lelaki terbabit masuk ke dalam bank dan menyembur cat merah pada kamera sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di premis itu sebelum meletupkan ATM berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Penolong Pesuruhjaya Polis Khaw Kok Chin, berkata kejadiaan itu bagaimanapun disedari pengawal keselamatan, yang segera mengaktifkan penggera keselamatan.

Katanya, ketiga-tiga lelaki yang dipercayai berumur 30-an itu melarikan diri selepas terdengar bunyi penggera itu. -- Bernama.

No comments:

Posting Terkini