RUMAH dan kenderaan yang musnah di Vaughan, Ontario selepas dilanda puting beliung, semalam.
TORONTO: Seorang budak lelaki berusia 11 tahun maut apabila angin puting beliung melanda, mengakibatkan kemusnahan teruk di sebuah perkhemahan di sini kelmarin.
Sebilangan orang mengalami kecederaan di perkhemahan berkenaan di Durham, sebuah bandar di barat daya Ontario. Angin ribut yang kuat memusnahkan bangunan dan mengakibatkan serpihan serta batu berterbangan, kata pengurus perkhidmatan kecemasan Grey Country, Mike Muir.
Polis berkata, serpihan yang berterbangan itu menyebabkan kematian budak lelaki berkenaan, yang namanya masih belum diumumkan. Enam orang lain dirawat di hospital dan dibenarkan pulang.
Pemangku Datuk Bandar, Dan Sullivan berkata kemusnahan yang berlaku akan hanya dapat dipulihkan dalam masa beberapa bulan.
Kawasan barat daya dan tengah Ontario mengalami paling banyak kerosakan akibat angin ribut itu, yang juga melanda utara Ontario, kata pegawai kaji cuaca.
Kira-kira 69,000 rumah dan perniagaan tidak mempunyai kuasa elektrik ketika angin ribut itu melanda.
Di Vaughan, sebuah bandar bersebelahan Toronto di utara, angin ribut itu mengakibatkan kereta terbalik dan bumbung rumah tercabut. Pejabat Alam Sekitar Kanada mengesahkan angin puting beliung melanda bandar Vaughan, yang diisytiharkan darurat.
Datuk Bandar Vaughan, Linda Jackson berkata angin ribut itu melanda kira-kira 600 rumah. Katanya, 44 rumah didapati tidak boleh diduduki lagi manakala yang lain perlu dirobohkan.
Jackson berkata kejadian itu amat teruk sekali tapi bernasib baik kerana tiada sesiapa pun di Vaughan maut atau mengalami kecederaan teruk.
"Ramai penduduk berada dalam keadaan terkejut. Apabila keadaan reda, baru mereka sedar kerosakan yang diakibatkan oleh angin ribut itu dan betapa bernasib baiknya mereka kerana masih hidup," kata Jackson.
Beberapa jalan raya di kawasan perumahan Vaughan ditutup oleh polis. Penduduk yang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berkata mereka belum pernah melihat sesuatu seperti ini di Kanada sebelum ini. - Agensi
Sunday, August 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment