Pages

Sunday, August 23, 2009

Kadar bunuh diri meningkat

WASHINGTON: Krisis kewangan turut meningkatkan kadar bunuh diri di tempat kerja yang mana Jabatan Buruh Amerika Syarikat mendapati rekod kenaikan sehingga 28 peratus bagi kadar bunuh diri yang dilaporkan tahun lalu.

Sebanyak 251 kes bunuh diri di tempat kerja dilaporkan pada 2008, disifatkan angka tertinggi sejak agensi Biro Statistik Buruh mula mencatatkan bilangan kes.

Agensi itu, Khamis lalu melaporkan pengurangan sebanyak 10 peratus dalam bilangan keseluruhan mereka yang dilaporkan mati di tempat kerja, iaitu daripada 5,657 pada 2007 kepada 5,071 tahun lalu, bilangan terendah sejak ia mula merekodkan angka pada 1992. - AFP

No comments:

Posting Terkini