Pages

Tuesday, August 18, 2009

Michael Jackson dikebumi pada tarikh harijadi 29 Ogos ini

LAS VEGAS (Nevada): Jenazah Michael Jackson dilaporkan akan dikebumikan pada 29 Ogos ini, iaitu sempena harijadi Raja Pop itu yang ke-51.

Perkara itu dimaklumkan ayahnya, Joe Jackson, 80, bahawa anaknya akan dikebumikan di tanah perkuburan Forest Lawn, di Los Angeles.

Bagaimanapun, upacara pengebumian Micheal dianjurkan secara tertutup dan persendirian dengan setakat ini berapa ramai jumlah ahli keluarga yang akan menghadirinya belum dapat dipastikan.

Pengebumian penyanyi kesayangan dunia itu terus menjadi tanda tanya sejak lebih dua bulan lalu selepas meninggal dunia pada 25 Jun.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan sama ada punca kematian Michael dipengaruhi pengambilan dadah yang dikatakan diberi oleh doktor perubatannya, Conrad Murray.

Murray juga berada di sini Michael ketika menghembuskan nafas terakhir dan penyanyi itu dilaporkan mengambil ubat mengandungi kadar dadah yang tinggi.

Joe Jackson, yang memberitahu AFP di Las Vegas, berkata sebaik tamat upacara pengebumian anaknya itu, beliau akan bergegas pulang ke Las Vegas untuk menghadiri satu majlis pelancaran tabung kebajikan di Palms Casino Resort. - AFP

No comments:

Posting Terkini