KUCHING: Kaki hidu gam kini menggunakan formula baru bagi memanjangkan tempoh khayal dengan mencampurkan air langkau, iaitu arak buatan sendiri dan pil nospen yang digunakan pesakit batuk kering.
Campuran itu didakwa memberi kesan khayal bagi tempoh lapan hingga 12 jam. Bagaimanapun, kaki hidu gam ini tidak sedar ia boleh merosakkan saraf otak dan menyebabkan buta sekiranya diambil berlebihan bagi tempoh panjang.
Secara purata, seorang kaki hidu gam mampu menghidu antara dua hingga lima tin gam 'cap kombat', iaitu sejenis gam yang digunakan bagi menampal tayar bocor sehari, namun ia bergantung kepada sumber kewangan.
Seorang penghidu gam tegar yang ditemui di kawasan Petra Jaya, Ricky, 17, berkata dia mula menghisap gam ketika masih di bangku sekolah Tahun Enam lagi, sebelum berhenti hujung tahun lalu selepas mendapati ia tidak cukup mengkhayalkan. Katanya, pelbagai cara dibuat bagi menambah 'power' gam dengan cara yang paling popular ialah mencampurkan air langkau atau nospen ke dalam beg plastik yang mengandungi gam berserta tinnya sekali.
"Selalunya setiap tin kecil gam mengambil masa antara satu jam setengah hingga dua jam untuk dihabiskan sebelum ia menjadi kering dan keras, namun jika dicampur air langkau dan nospen, tempoh menghisap boleh dipanjangkan sedikit.
"Kesannya memang lebih hebat apabila kami boleh menjadi 'Superman' atau 'Son Goku' dengan kesannya boleh berlarutan sehingga separuh hari bergantung kepada jumlah gam yang dihidu," katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment