Pages

Thursday, August 27, 2009

Edward Kennedy meninggal dunia

WASHINGTON: Senator Edward Kennedy (gambar), adik bongsu mendiang presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy dan Senator Robert Kennedy, meninggal dunia kelmarin pada usia 77 tahun di rumahnya di Hyannis Port, Massachusetts, selepas setahun menghidap barah otak, menurut keluarga beliau semalam.

Presiden Barack Obama mendapat tahu mengenai kematian 'Ted Kennedy' pada 2 pagi semalam, menurut seorang pegawai kanan.

Encik Obama berasa amat sedih dengan kematian beliau dan menghubungi balu mendiang Kennedy untuk menyampaikan takziah.

'Satu bab penting dalam sejarah kita telah berakhir. Negara ini telah kehilangan seorang pemimpin besar, yang menyambut obor dua saudaranya yang gugur untuk menjadi senator paling terkemuka di Amerika,' tegas Encik Obama.

Encik Ted Kennedy meninggal dunia dua minggu selepas kakaknya, Cik Eunice Kennedy Shriver, meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Ucapan takziah datang mencurah dari seluruh dunia. Perdana Menteri Britain, Encik Gordon Brown, menyifatkan beliau sebagai 'Senator para Senator'. -- Agensi.

No comments:

Posting Terkini