NARATHIWAT (Thailand): Askar dan pegawai polis Thai memeriksa bangkai sebuah kenderaan tentera yang terbalik menyusuli satu serangan bom di wilayah Narathiwat, selatan Thailand, semalam.
Bom seberat 20 kilogram itu di letupkan kumpulan militan sekitar 8 pagi sewaktu sekumpulan 14 askar yang menaiki kereta ronda melewati Kampung Kado, dalam bandar Rusoh-ok, menurut polis seperti dilapor stesen televisyen Channel 7.
Sembilan askar cedera dan seorang mati kemudian di hospital.
Seorang penoreh getah juga ditembak mati di sini semalam, sehari selepas dua terbunuh dan 20 lagi cedera dalam serangan berasingan di Narathiwat. -- AFP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment