KUALA TERENGGANU – Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu pada Januari lalu menyaksikan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menabur pelbagai janji kepada rakyat dalam usaha memancing undi.
National Institute for Electoral Integrity (NIEL) telah merumuskan terdapat tiga perkara yang ketara dapat diperhatikan dalam keseluruhan perjalanan proses pilihanraya kecil (PRK) kawasan parlimen Kuala Terengganu
1. Penginstitusian rasuah dalam pilihanraya
2. Penyalahgunaan jentera kerajaan
3. Kehadiran terlalu ramai anggota polis
Institut tersebut juga menyatakan dalam laporannya dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu rasuah telah diinstitusikan oleh kerajaan UMNO dan BN dalam pelbagai bentuk. (gambar - tapak projek perumahan rakyat padang hiliran)
Bentuk lazim yang difahami ramai ialah pemberian wang tunai secara langsung seperti wang ehsan sebanyak RM300 bagi orang dewasa dan RM250 untuk pemuda dan pemudi sebagaimana yang berlaku di Kuala Terengganu.
Manakala pengundi Cina diedarkan angpau sebanyak RM300 sempena perayaan Tahun Baru Cina. Penarik beca Kuala Terengganu pula dijanjikan wang ehsan sebanyak RM10,000 seorang. Para wartawan pun tidak ketinggalan dirasuahkan.
Pada petang 16 Januari 2009, sehari sebelum hari mengundi, wartawan-wartawan yang berada di pusat media Barisan Nasional diagihkan wang sebanyak RM300. Dua minggu sebelum itu, pihak yang sama telah memberikan para wartawan baju hujan yang bernilai RM98 sehelai.
Selain itu berlaku rasuah secara tidak langsung untuk memancing undi antara yang di senaraikan oleh NIEL adalah Majlis Perasmian dan peruntukan RM100 juta untuk membina 1000 unit rumah kos rendah di Padang Hiliran, Kuala Terengganu
Tinjauan Buletinonline ke lokasi tersebut semalam mendapati, sehingga kini bukan sahaja kerajaan merasuah para pengundi, malah janji mendirikan rumah tersebut belum di ambil tindakan.
Persoalan bilakah projek ini akan dimulakan turut belum terjawab berdasarkan papantanda projek itu.
Papan tanda yang masih teguh berdiri tidak tertulis butiran sebagaimana papan tanda projek-projek yang lain.
Tidak ada nama kontraktor yang dilantik, tarikh mula dan tarikh akhir projek serta butir-butir penting lain yang mengesahkan sesuatu projek itu berjalan mengikut prosedur.
Jelas, dari senario lokasi tersebut, ianya adalah satu tindakan UMNO/BN memancing undi dengan membeli harapan rakyat serta merasuah rakyat dengan janji-janji.
-- BuletinUtama
Friday, May 1, 2009
Janji dan Rasuah Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu Belum DiTunaikan
Labels:
piliharan raya,
rasuah,
UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment