SEOUL: Kementerian Kesihatan Korea Selatan hari ini mengesahkan pihaknya sedang menyiasat sembilan kes disyaki menghidap selesema babi di negara itu.
Jurucakapnya berkata, setakat ini semua 12 kes mereka disyaki menghidap virus maut itu sudah dilaporkan dengan dua orang negatif selepas ujian dijalankan.
“Kami masih menjalankan ujian terhadap sembilan orang lagi," katanya.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea dalam satu kenyataannya berkata, sembilan suspek itu baru saja pulang dari Mexico atau Amerika Syarikat dengan mempunyai simptom batuk dan demam. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment