MOSCOW: Kapal pemusnah tentera laut Russia semalam memberkas 29 suspek lanun di perairan Somalia, menurut agensi berita Russia yang memetik Kementerian Pertahanannya.
“Kapal Pemusnah Panteleev menahan sebuah bot yang membawa 29 lanun. Tujuh mesin gun, senapang dengan pelbagai peluru termasuk alat navigator satelit turut dirampas. Siasatan kini dijalankan," katanya.
Penahanan itu dilihat mampu mengurangkan jumlah lanun yang dilaporkan mengganas di perairan antarabangsa Teluk Aden dengan membabitkan pelbagai tentera laut pelbagai negara sejak tahun lalu. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment