Pages

Wednesday, April 1, 2009

SEKILAS - MALAYSIA

Hamid belum fikir undur diri

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, belum memikirkan soal meletakkan jawatan selepas beliau kalah dalam pemilihan Umno minggu lalu.

Menurutnya, soal kedudukannya dalam Kabinet akan ditentukan oleh bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kelak.

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, mengumumkan akan menyerahkan surat peletakan jawatan beliau esok selepas gagal dalam pemilihan ahli Majlis Tertinggi (MT). -- Utusan Malaysia.

SPRM minta tempoh setahun

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta diberikan tempoh setahun untuk membanteras gejala rasuah di negara ini.

Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Abu Kassim Mohamad, berkata semua pihak perlu memberi peluang kepada SPRM untuk membuktikan keupayaannya membanteras gejala rasuah.

Menurutnya, SPRM juga tidak pernah atau sengaja menyembunyikan kes rasuah berprofil tinggi yang dilaporkan kepada mereka. -- BHM.

Gelanggang sukan di masjid

KANGAR: Masjid-masjid di Perlis perlu mempunyai gelanggang sukan di masjid selain meningkatkan keindahan seni tamannya sebagai langkah mempelbagaikan peranannya, kata Mufti Dr Juanda Jaya, kelmarin.

Menurutnya, selama ini masjid sering dipakejkan dengan tanah kubur sedangkan ia sewajarnya menjadi pusat masyarakat yang penuh dengan kegiatannya di samping peranan utama sebagai tempat beribadah. -- Utusan Malaysia.

No comments:

Posting Terkini