Pages

Wednesday, April 22, 2009

SEKILAS - DUNIA

Israel ingin beli sistem pintas roket

BAITULMAKDIS: Israel ingin membeli sistem memintas roket daripada Amerika Syarikat bagi melindungi negara itu daripada serangan anggota militan dari Jaluran Gaza.

Menteri Pertahanan Israel, Encik Ehud Barak, berkata sistem itu menelan belanja AS$50 juta ($75 juta). -- AFP.

Mahu bantuan perangi lanun

NEW YORK: Somalia inginkan bantuan antarabangsa bagi membangunkan semula pasukan tentera lautnya yang mahu digunakan untuk memerangi lanun dan melatih pasukan keselamatan mengesan dan memburu lanun di perairan negara itu.

Timbalan Duta Somalia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Idd Beddel Mohamed, berkata rayuan Somalia bagi bantuan serupa itu sebelum ini tidak diendahkan. -- AP.

Lebih 12 disyaki pengganas ditahan

ANKARA: Polis Turkey dilaporkan telah menangkap lebih sedozen suspek yang didakwa mempunyai hubungan dengan rangkaian pengganas Al-Qaeda.

Golongan itu dikatakan telah menjalani latihan ketenteraan di kem Al-Qaeda di Afghanistan. -- AP.

Sidang Asean di Phuket pada Julai

BANGKOK: Sidang Puncak Asean bersama enam negara dialognya yang ditangguhkan sebelum ini dijangka diadakan di Phuket pada Julai ini, kata Perdana Menteri Thailand, Encik Abhisit Vejjajiva.

Sidang yang diadakan pada 11 April lalu itu terpaksa dibatalkan apabila ribuan penunjuk perasaan antikerajaan menyerbu tempat persidangan di Pattaya. -- Bernama.

No comments:

Posting Terkini