GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang hari ini menerima laporan siasatan berhubung tiga kuari di daerah Seberang Perai Tengah yang didakwa mengiystihar royalti lebih rendah sehingga mengakibatkan kehilangan hasil kepada kerajaan negeri.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng, menerima laporan itu daripada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir, Law Choo Kiang, yang mengetuai siasatan.
Lim berkata, kerajaan negeri akan bermesyuarat dengan Jawatankuasa Tanah negeri sebelum mengumumkan laporan tidak lama lagi.
"Kita akan lihat cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa itu sebelum mengambil sebarang tindakan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Pada 31 Mac lalu, kerajaan negeri membekukan semua bentuk operasi tiga buah syarikat kuari bertujuan membantu siasatan berhubung perkara itu.
Lim dilaporkan berkata siasatan itu membabitkan kadar royalti tanah merah dan bahan batuan yang dikurangkan daripada RM3 kepada RM1 satu meter padu.
Tiga syarikat kuari itu ialah Kuad Sdn Bhd, Batu Tiga Quarry Sdn Bhd dan Saw Chong Teok Quarry Sdn Bhd.
Sementara itu, Law berkata, selain kerajaan negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Pulau Pinang turut menyiasat kes itu.
"Jawatankuasa yang saya ketuai bertujuan menentukan adakah kekurangan pengiraan dan pembayaran royalti bahan batuan daripada tiga syarikat kuari itu," katanya. - Bernama
Wednesday, April 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment