Pages

Friday, March 6, 2009

TPM perlu ambil langkah berani tangani masalah ekonomi: Guan Eng

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini meminta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengambil tindakan lebih berani dalam mengurus ekonomi supaya negara tidak mengalami kemelesetan.

Beliau berkata, jika ekonomi tidak diuruskan dengan baik, negara akan menghadapi kemelesetan tahun ini dan jika itu berlaku Pulau Pinang pasti merasa kesan teruk kerana ekonominya banyak bergantung kepada pasaran eksport.

Beliau berkata, program rangsangan kedua ekonomi bernilai RM10 billion yang dicadangkan Kementerian Kewangan di Parlimen semalam terlalu kecil nilainya dan ia tidak mencukupi untuk menyelamatkan ekonomi negara.

"Bajet mini itu memang betul-betul mini dan tidak cukup untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara kerana RM10 billion itu hanya boleh menyumbang satu peratus kepada Keluaran Negara Kasar (KNK) dan untuk mencapai sasaran 3.5 peratus, RM30 billion diperlukan.

"Saya berharap kerajaan pusat boleh memperuntukkan jumlah wang yang lebih besar untuk meransang pertumbuhan ekonomi negara," katanya kepada pemberita di pejabatnya, di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Kong Cho Ha, membentangkan cadangan pakej ransangan kedua itu untuk bacaan kali pertamas.

No comments:

Posting Terkini