Pages

Tuesday, March 31, 2009

SEKILAS - DUNIA

Khuatir tegang pilihan raya di Aceh

BANDA ACEH: Gabenor Aceh, Encik Irwandi Yusuf, berkata semalam beliau bimbang ketegangan di wilayah itu menjelang pilihan raya bulan depan dan mahu pemerhati daripada Kesatuan Eropah (EU) memantau pilihan raya.

Bekas gerila Gerakan Aceh Merdeka (GAM) itu menolak kebimbangan bekas gerila akan mengambil alih kuasa dan berusaha mendapatkan kemerdekaan.

Semalam sebutir bom tangan meletup di rumah pengerusi Parti Aceh, Encik Alimuddin Jabat. -- AP, Reuter.

Lapan korban pengebom maut

KANDAHAR: Seorang pengebom maut menyerang sebuah pejabat daerah di Dand, dekat Kandahar, selatan Afghanistan semalam, menyebabkan sembilan orang terbunuh dan lapan cedera, menurut polis.

Serangan berlaku sewaktu pihak berkuasa mengumumkan tiga polis dan lima militan terbunuh dalam serangan bom di tempat lain. Penyerang masuk ke pejabat pendaftaran penduduk lalu meletupkan diri, kata ketua polis. -- AFP.

Penyokong Thaksin akan disurai

BANGKOK: Polis Thai semalam memberi amaran akan menyuraikan penyokong mantan perdana menteri, Encik Thaksin Shinawatra, yang mengepung Bangunan Kerajaan sejak lima hari di Bangkok.

Polis tidak mahu mereka menghalang para menteri pergi ke pejabat. Jika tidak polis akan menyuraikan penunjuk perasaan dengan cotar pada peringkat permulaan, kata satu kenyataan polis. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini