IPOH: Pakatan pembangkang di Perak akan menanam lima batang pokok Ahad ini, berhampiran pokok yang dijadikan tapak 'sidang tergempar' oleh Speaker dan 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Selasa lalu.
Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming, daripada DAP berkata lima pokok itu akan dinamakan sempena lima prinsip yang menjadi motto pakatan DAP, Pas dan PKR semasa ia mentadbir Perak sebelum diambil alih Barisan Nasional (BN) bulan lalu.
Lima prinsip itu ialah keadilan, amanah, ketelusan, wibawa dan kebajikan.
Nga berkata, beliau menjangka tapak sidang DUN di bawah pokok itu bakal menjadi satu lokasi tarikan pelancong. - Bernama
Friday, March 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pakatan Pembangkang?????
Mana ada pakatan pembangkang di Perak.
Kerajaan yg sah pun tak tahu lagi yg mana satu. Cuma yg pasti MB PR mendapat sokongan rakyat dan restu dari sultan Perak, manakala MB BN@Umno mendapat kerajaan dgn rampasan kuasa, restu dari Najib dan mengugut/memaksa Sultan Perak untuk merestui.
Post a Comment