Pages

Wednesday, February 25, 2009

SPR terima notis kekosongan kerusi Batang Ai

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini menerima notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Batang Ai susulan kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ingkot daripada Barisan Nasional, semalam.

Pengarah SPR Sarawak, Takun Sunggah, memberitahu notis yang ditandatangani Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar, dihantar melalui faks terus ke ibu pejabat SPR di Putrajaya.

Katanya, mesyuarat untuk menetapkan tarikh pilihan raya akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Unting, yang juga Menteri Muda Pertanian dan Menteri Muda Sukan Sarawak, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah, di sini pada 1.25 pagi semalam akibat serangan angin ahmar yang dialaminya pada 22 Mei lalu.

1 comment:

Posting Terkini