Pages

Wednesday, February 25, 2009

Obama dijangka arah tentera AS berundur dari Iraq

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dijangka mengarahkan tenteranya berundur dari Iraq dalam tempoh kira-kira 19 bulan - iaitu kompromi antara jaminan kempen beliau dan kehendak panglima tentera.

Pengumuman rasmi dijangka dibuat akhir minggu ini, sekali gus menjadi penamat kepada konflik tidak popular yang membayangi Presiden George W Bush dan membantu Demokrat mengambil semula Kongres dan Rumah Putih.

Keputusan Obama itu bertepatan rancangan mengalih tumpuan tentera Amerika dari Iraq ke Afghanistan dan mengurangkan defisit belanjawan dengan mengurangkan kos peperangan. - Reuters

No comments:

Posting Terkini