KABUL: Empat askar Amerika Syarikat terbunuh dalam serangan bom tepi jalan di selatan Afghanistan, iaitu kematian tertinggi pasukan tentera antarabangsa dalam satu-satu serangan tahun ini, seminggu selepas Washington merancang menambah bilangan askarnya di negara itu.
Seorang pekerja awam Afghanistan yang berkhidmat dengan pihak Amerika turut terkorban dalam serangan itu.
Askar Amerika terbabit sedang mengadakan rondaan dengan askar Afghanistan apabila kenderaan mereka terkena bom itu, menurut kenyataan tentera AS.
Pihak tentera enggan mendedahkan identiti anggota yang terbunuh dan lokasi serangan sebelum waris mereka dimaklumkan. - AP
Wednesday, February 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment