HUA HIN, Thailand, 27 Feb -- Asean telah mengambil keputusan untuk menangani isu pelarian Rohingya secara berperingkat dengan mula mengumpul data dan meneliti asal usul mereka dengan bantuan kerajaan Myanmar.
Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Sekretariat Asean telah diberi tanggungjawab mengumpul data berkenaan dan membuat cadangan sebelum Julai ini.
"Isu asal usul golongan Rohingya itu hanya boleh diselesaikan selepas semua maklumat dan data diperolehi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean menjelang Sidang kemuncak Asean ke-14 di sini, Jumaat.
Katanya kemungkinan soal asal usul Rohingya boleh ditentukan selepas pengumpulan data dan maklumat tetapi timbul banyak perkara berkaitan kebudayaan, sejarah dan politik.
Rais berkata sudah tiba masa penduduk Rohingya memerlukan perhatian dan tindakan Asean ini merupakan langkah positif berbanding sebelum ini.
Selain itu, katanya Asean juga mahu Myanmar memainkan peranan positif dalam mematuhi tuntutan hak asasi manusia dan Malaysia mencadangkan supaya usaha itu dilaksanakan menerusi Asean.
Malaysia sudah menerima pelarian Rohingya atas perikemanusiaan dan tidak sanggup menerima mereka lagi, katanya ketika ditanya sama ada kerajaan sanggup menerima pelarian Rohingya yang kini berjumlah 14,000 di Malaysia.
-- BERNAMA
Saturday, February 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment