Pages

Wednesday, February 25, 2009

PELAKON TERKEJUT FOTO LUCAHNYA TERSEBAR

VANCOUVER: Pelakon Hongkong kelahiran Canada, Edison Chen, semalam memberitahu mahkamah beliau terkejut apabila mendapati gambar beliau di atas ranjang dengan lapan selebriti wanita disebar di Internet.

Beliau memberi keterangan itu dalam perbicaraan teknisyen komputer, Sze Ho-Chun, yang didakwa di Hongkong mengedarkan gambar lucah itu di Internet pada Februari tahun lalu.

Chen enggan pulang ke Hongkong untuk menghadiri perbicaraan Sze tetapi setuju memberi keterangan bersumpah di Canada.

Ketua Majistret Hongkong, Encik Tong Man, telah ke Vancouver untuk mendengar keterangan itu.

Chen memberitahu mahkamah memang benar gambar-gambar itu miliknya tetapi ia disimpan dalam komputer riba peribadi yang dihantar ke kedai untuk dibaiki pada 2006.

'Saya seorang yang suka memencil diri. Gambar-gambar ini bukan diambil untuk dilihat orang lain,' kata Chen, 28 tahun.

Gambar itu termasuk menunjukkan beliau dalam aksi berahi dengan selebriti seperti Gilian Chung, Cecilia Cheung dan Bobo Chan. Chen enggan mengesahkan identiti wanita-wanita dalam gambar itu.

'Saya bertekad untuk melindungi mereka. Mereka telah banyak menderita,' katanya.

Skandal itu menyebabkan Chen bersara daripada dunia hiburan dan kembali tinggal di Canada.

Polis di Taiwan dan China telah menahan sedozen orang kerana memiliki dan mengedarkan gambar-gambar itu. -- AFP, AP.

No comments:

Posting Terkini