MADRID: Gol lewat Youssi Benayoun membolehkan Liverpool menewaskan Real Madrid 1-0 dalam perlawanan Liga Juara-Juara pagi tadi.
Benayoun menanduk masuk hantaran silang Fabio Aurelio pada minit ke-82.
Di Stamford Bridge, gol Didier Drogba memastikan Chelsea mengatasi Juventus 1-0.
Penyerang Ivory Coast itu menyempurnakan umpanan Salomon Kalou yang memperdayakan pertahanan kelab Itali itu.
Villarreal pula bangun daripada ketinggalan satu gol untuk seri 1-1 dengan Panathinaikos.
Rembatan kencang Giorgos Karagounis dari jarak 25 meter memberikan pasukan pelawat gol pendahuluan sebelum disamakan Giuseppe Rossi menerusi sepakan penalti.
Thursday, February 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment