SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengambil keputusan untuk memanjangkan cuti ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong sehingga siasatan polis selesai dijalankan.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata sebarang keputusan hanya akan dibuat setelah siasatan selesai.
"Setelah membuat perbincangan dengan semua Exco berkaitan isu ini dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini. Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan untuk meneruskan cuti YB Elizabeth Wong sementara menunggu siasatan polis selesai," katanya mempengerusikan Mesyuarat Exco di pejabatnya di sini hari ini.
Wednesday, February 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment