KUCHING: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, mengesahkan anak tempatan akan dicalonkan bertanding mewakili BN dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai.
Taib yang juga Ketua Menteri Sarawak berkata beberapa nama sudah dikenal pasti BN negeri dan keputusan muktamad dibuat selepas beliau berbincang dengan pemimpin Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan parti komponen BN lain.
"Selain anak tempatan calon yang dipilih kelak mestilah disenangi oleh rakyat di kawasan itu, berintegriti, memiliki komitmen yang tinggi dan boleh menang," katanya selepas selepas menziarahi jenazah Datuk Dublin Unting Ingkot yang meninggal dunia pagi semalam.
Pilihan raya kecil Batang Ai perlu diadakan berikutan kematian Dublin akibat diserang angin ahmar.
Pada pilihan raya umum negeri Sarawak 20 Mei 2006, Dublin (BN) menang dengan majoriti 806 undi mengalahkan Nicholas Bawin Anggat daripada Parti Kebangsaan Sarawak (Snap).
Sementara itu, Taib menyifatkan Dublin sebagai seorang pemimpin yang banyak berjasa terutama di bidang sukan dan pertanian.
Wednesday, February 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment