LONDON: Arsenal memulakan separuh masa kedua perlawanan Liga Juara-Juara menentang AS Roma di Stadium Emirates dengan hanya sembilan pemain apabila pemain pertahanan William Gallas dan Kolo Toure lewat meninggalkan bilik persalinan.
Kedua-dua pemain pertahanan itu tidak sempat berada di padang apabila perlawanan disambung.
Apabila Toure cuba memasuki padang, beliau dilayangkan kad kuning oleh pengadil, Claus Bo Larsen. Gallas menyertai permainan selepas Toure.
“Kami masuk lewat. Saya menunggu William. Saya sentiasa yang terakhir memasuki padang," kata Toure.
Ditanya apakah itu detik paling memalukan baginya, Toure berkata: "Ya, sudah tentu. Saya tidak tahu peraturan itu. Yang bagusnya, saya mempelajari peraturan baru malam tadi." - AP
Wednesday, February 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment