JAMMU (India): Sekurang-kurangnya 33 terbunuh apabila bas yang dinaiki mereka terhumban ke dalam sungai berdekatan Kashmir, India.
Ketua Polis Daerah Jammu, K Rajindera, berkata kemalangan itu berlaku berhampiran kampung Pranoo, 170 kilometer utara timur bandar Jammu.
Beliau berkata, 19 dilaporkan cedera dalam kemalangan itu dan operasi menyelamat masih diteruskan.
Bas itu terhumban kira-kira 76 meter ke dalam sungai berkenaan.
Punca kemalangan masih belum dikenal pasti, tetapi Rajindera berkata, kenderaan yang mempunyai 32 tempat duduk itu terlalu padat. - AP
Wednesday, February 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment