Bush percaya rugi dalam pelaburan
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik George W. Bush, berkata beliau percaya akaun kewangan peribadi beliau mengalami kerugian dalam krisis kewangan.
Dalam satu wawancara dengan Larry King dari CNN Selasa lalu, Encik Bush berkata beliau melabur wang dalam amanah saham.
Beliau tidak tahu tentang kerugian yang beliau dan isterinya, Cik Laura, alami sehinggalah beliau meletak jawatan. -- AP.
Berbasikal cegah pencemaran
JAKARTA: Pegawai perbandaran di Jakarta Selatan dikehendaki mengayuh basikal semasa bertugas bagi mencegah pencemaran udara, kata jurucakap majlis perbandaran, Encik Ahmad Sotar, semalam.
Namun, mereka tidak perlu berbasikal bagi menangani panggilan kecemasan. -- AFP.
PM Thai nafi tahanan didera
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Encik Abhisit Vejjajiva, semalam menolak dakwaan Amnesti Antarabangsa bahawa pasukan keselamatan negara itu melakukan penderaan di selatan Thailand sehingga empat orang mati dalam tahanan polis.
'Saya memberi jaminan ia bukan dasar kerajaan. Kerajaan Thai tidak menyokong tindakan sewenang-wenangnya. Ia perbuatan segelintir pegawai yang jahat,' kata beliau semasa mengulas laporan Amnesti yang mengenal pasti 34 kes penderaan. -- AFP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment