Pages

Thursday, January 29, 2009

Pengganti Tajol diputus malam ini

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata Umno masih belum membuat sebarang keputusan mengenai pengganti Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak.

Bagaimanapun Najib berkata perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis Tertinggi Umno yang akan diadakan malam ini.

"Belum ada apa-apa keputusan lagi...beliau hanya gambarkan hasratnya (letak jawatan)," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteriitu juga berkata beliau masih belum menerima sebarang surat mengenai peletakkan jawatan bekas Menteri Besar Perak itu.

"Saya belum terima apa-apa surat, lagipun surat itu kena serah kepada Presiden Parti," katanya.

Ditanya mengenai cadangan supaya beliau sendiri menerajui Umno Perak, Najib bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

No comments:

Posting Terkini