KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) hari ini membatalkan hukuman memecat bekas Naib Presiden MIC, Datuk M. Muthuppalaniappan yang pernah menyatakan hasrat untuk mencabar Datuk Seri S. Samy Vellu pada pemilihan jawatan presiden parti.
Keputusan itu diumumkan oleh Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel selepas bermesyuarat lebih tiga jam.
Kata Palanivel, pihaknya memutuskan bahawa keputusan Jawatankuasa Disiplin adalah tepat, tetapi dengan mengambil kira jasa Muthuppalaniappan kepada parti selama ini, CWC membatalkan hukuman tersebut.
"Dengan ini kami memberi amaran tegas dan memberi peluang kepada Muthuppalaniappan supaya tidak membuat kenyataan-kenyataan yang boleh memudaratkan parti.
"Jika beliau keluarkan apa jua kenyataan yang menjejaskan kepentingan parti, Muthuppalaniappan akan dipecat dari parti serta-merta," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat MIC sebentar tadi
Mesyuarat CWC bermula pada pukul 12 tengah hari tadi.
Terdahulu, Samy Velly mempengerusikan mesyuarat tersebut, namun oleh kerana isu itu ada kaitan dengan pemilihan Presiden, beliau berundur daripada terus mempengerusikan mesyuarat CWC hari ini. -mstar
Thursday, January 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment