KUALA LUMPUR 30 Jan. - Jualan hujung minggu Malaysia Airlines (MAS) kembali dengan penawaran 150,000 tiket, berharga mulai RM39 dan ke atas.
Tiket-tiket berkenaan bagaimanapun hanya boleh dibeli menerusi tempahan dalam talian selama dua hari — esok dan Ahad.
Penerbangan di seluruh Semenanjung Malaysia berharga RM39 manakala penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak dan Johor Baharu ke Kuching mulai RM69.
“Kami sudah memansuhkan surcaj bahan api domestik dan pelanggan akan dapat menikmati tambang rendah sebenar tanpa caj tersembunyi.
“Ia adalah tambahan kepada perkhidmatan premium yang ditawarkan, termasuk minuman dalam penerbangan, jadual yang lebih mudah, pelepasan mengikut masa yang ditetapkan serta peruntukan bagasi 20kg,” kata Dr. Amin Khan, Pengurus Besar Kanan Pengurusan dan Perolehan Rangkaian MAS. - Bernama
Friday, January 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment