KADAR pengangguran di Malaysia mungkin meningkat kepada 6 peratus tahun ini, tahap paling tinggi dalam tempoh 20 tahun, ekoran kelembapan ekonomi negara itu.
Ramalan itu dibuat oleh pengamat ekonomi, Encik Zainal Aznam, yang mewakili Majlis Ekonomi Nasional.
Laporan dalam New Straits Times itu memetik Encik Zainal sebagai berkata pertumbuhan ekonomi mungkin akan perlahan iaitu menjadi 2 peratus tahun ini, berbanding dengan ramalan rasmi 3.5 peratus sebelum ini.
Sebanyak 7,500 pekerja telah diberhentikan antara Oktober tahun lalu dengan bulan ini, sebahagian besar adalah dalam sektor pengilangan.
Laporan itu juga berkata seramai 45,000 pekerja dijangka diberhentikan di Malaysia tahun ini, berbanding 30,000 pekerja tahun lalu.
Menurut laporan kelmarin, lebih 10,000 rakyat Malaysia hilang pekerjaan sejak 1 Januari lalu.
Memberikan perangkaan itu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Encik Shamsuddin Bardan, berkata lebih ramai pekerja dijangka kehilangan pekerjaan dalam tempoh terdekat apabila semakin banyak syarikat, terutama dalam sektor pengilangan, menghadapi masalah beroperasi.
Malaysia merancang mengumumkan satu lagi pakej pemangkin ekonomi tahun ini setelah menawarkan pakej yang sama bernilai RM11.6 bilion ($4.9 bilion) tahun lalu, kata Menteri Kewangan Kedua Malaysia, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, baru-baru ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment